UPDF AI

SEJARAH SENI SILAT DAN PERTUBUHAN SILAT GAYUNG FATANI MALAYSIA DI DAERAH TUARAN

Nur Fatihah Az Zahra Tonnywan

2025 · DOI: 10.51200/jba.v9i1.5968
0 Citations

Abstract

Silat merupakan warisan yang melambangkan identiti bangsa Melayu. UNESCO telah mengiktiraf silat sebagai warisan budaya tak ketara pada tahun 2019. Pengiktirafan bertaraf dunia secara tidak langsung telah mengangkat martabat silat ke peringkat yang lebih tinggi. Seiring dengan peredaran masa, silat telah mengalami perkembangan yang drastik sejak dari awal kewujudannya. Buktinya terdapat banyak jenis aliran silat di Malaysia dan salah satunya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Kehadiran PSGFM di negeri Borneo telah melakar sejarah baru dalam bidang seni mempertahankan diri. Perkembangannya semakin meluas khususnya di daerah Tuaran. Oleh itu, artikel ini mengupas tentang sejarah sejarah silat di daerah Tuaran dan menghuraikan perkembangan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) di daerah Tuaran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti kaedah kepustakaan dan arkib, kaedah temu bual serta kaedah kajian lapangan untuk memperolehi maklumat penting berkaitan dengan perkembangan PSGFM di daerah Tuaran. Hasil kajian mendapati PSGFM Tuaran telah berkembang pesat dan ini dapat dilihat menerusi penglibatannya dalam pertandingan silat. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran mengenai perkembangan silat di daerah Tuaran dan mendedahkan kepentingan untuk memartabatkan seni silat sebagai satu warisan kepada masyarakat.