UPDF AI

Sejarah, Definisi, Konsep dan Prinsip Pendekatan Pengurusan

Mohamad Mokhtar Abu Hassan

2022 · DOI: 10.37134/pendeta.vol13.1.fa.1.2022
Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature · 2 Citations

Abstract

Objektif makalah ini ingin mengemukakan sejarah kemunculan pendekatan pengurusan yang diperkenalkan oleh penulis; definisi, konsep dan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan serta penerapan terhadap karya-karya sastera. Dengan menggunakan kajian kaedah kualitatif, penulis mengemukakan karya-karya awal yang menjadi kajian penulis untuk penulis memperkenalkan pendekatan pengurusan, iaitu cerita “Sang Kancil dengan Buaya” dan cerita “Lebai Malang”. Selanjutnya penulis mengukuhkan pendekatan pengurusan dengan menelti sebuah karya cerpen bertajuk “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said. Pada tahun 2022, penulis menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Pendekatan Pengurusan: Penerapan Terhadap Karya Sastera. Dalam buku tersebut penulis menjelaskan pendekatan pengurusan secara komprehensif dan menerapkannya terhadap karya-karya sastera, iaitu dua buah cerita binatang yang bertajuk “Gergasi Berperang dengan Gajah” dan Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa); dua buah karya cerpen, iaitu yang bertajuk “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said dan cerpen yang bertajuk “Sebuah Khemah Didirikan” karya Usman Awang; dan dua buah karya novel, iaitu yang bertajuk Hari-hari Terakhir di Jesselton karya Ruhaini Matdarin dan novel yang bertajuk Bukit Kepong karya Ismail Johari. Sebagai rumusan, penulis menyenaraikan beberapa pengkaji sastera yang telah menggunakan pendekatan pengurusan dalam kajian mereka. Implikasi kajian ini untuk memperkenalkan satu pendekatan baru dalam kritikan sastera. Dengan adanya pendekatan pengurusan dalam kiritikan sastera, bukan sahaja menjadikan dunia kiritikan sastera lebih menarik, bahkan dapat mendidik dan menyedarkan khalayak bahawa pentingnya pengurusan dalam membina kehidupan manusia secara tersusun dan teratur.