Penyalahgunaan Media Sosial dan Buli Siber dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor
Penyalahgunaan Media Sosial dan Buli Siber dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor
K. Mohamed
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penyalahgunaan media sosial dan buli siber di kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini mengkaji faktor-faktor seperti tingkatan, pencapaian akademik, dan salah laku disiplin mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah menengah. Metodologi kajian melibatkan kajian lapangan dengan menggunakan kaedah kaji selidik. Data diperolehi daripada 472 sampel pelajar tingkatan 1, 2, dan 4 mengikut tiga kategori sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Agama, dan Sekolah Berasrama Penuh di Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik responden secara keseluruhannya adalah signifikan dengan etika yang tinggi iaitu sebanyak 399 (84.5 %) pada kadar signifikan nilai p =.000. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat kaitan yang signifikan antara pencapaian akademik, tingkah laku disiplin, dan penyalahgunaan media sosial di kalangan pelajar sekolah menengah. Oleh itu, kajian ini telah membuktikan bahawa pencapaian akademik pelajar sekolah menengah mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap salah laku disiplin dan tahap penyalahgunaan media sosial. Hasil dapatan kajian boleh digunakan dalam merangka tindakan untuk mengurangkan kesan negatif penyalahgunaan media sosial yang tertumpu di kalangan kumpulan pelajar yang telah dikenalpasti. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini diharap dapat menyedarkan masyarakat tentang implikasi penyalahgunaan media sosial dan buli siber di kalangan pelajar sekolah menengah.
