Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bagi Topik Bulatan Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bagi Topik Bulatan Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah
Abstract
Bahan bantu mengajar memainkan peranan penting dalam membantu guru sekolah menengah mengajar topik Bulatan dengan efektif. Topik Bulatan merangkumi sudut dan ukuran yang merupakan bahagian kritikal dalam Matematik. Walaupun telah diperkenalkan lebih awal tentang konsep Bulatan, namum masih ramai pelajar menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah matematik ini sehingga ke peringkat universiti. Tujuan kajian ini dijalankan untuk menyiasat bagaimana penyepaduan bahan bantu mengajar boleh menjadikan persekitaran bilik darjah lebih menarik dan berkesan, terutamanya bagi topik Bulatan.Kajian kuantitatif ini melibatkan 350 orang guru matematik di sekolah menengah di daerah Kuantan. Pemilihan responden dipilih secara persampelan bertujuan. Data diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package fro Social Science(SPSS) versi 29 IBM. Dapatan menunjukkan pelbagai jenis bahan bantu mengajar, daripada kaedah tradisional kepada perisian komputer termaju dan papan putih interaktif digunakan oleh guru. Kajian ini menekankan perlunya pendekatan yang sistematik dan berterusan serta meningkatkan literasi digital dan meluaskan akses kepada teknologi dalam kalangan guru dan pelajar dalam mewujudkan pembelajaran yang kondusif. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai bahan digital supaya dapat memberi kefahaman yang optimum kepada pelajar dalam topik Bulatan.
