Penerokaan Elemen Bahan Bantu Mengajar yang menyokong Peningkatan Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Daerah Setiu, Terengganu
Penerokaan Elemen Bahan Bantu Mengajar yang menyokong Peningkatan Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Daerah Setiu, Terengganu
Abstract
Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu asas kemahiran berbahasa bahasa Arab. Walaupun majoriti pelajar Malaysia belajar bahasa Arab bermula di peringkat sekolah rendah, tahap asas komunikasi mereka masih di tahap sederhana. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka elemen bahan bantu mengajar yang menyokong peningkatan kemahiran komunikasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melibatkan sepuluh responden guru sebagai sumber pemberi maklumat utama. Responden dipilih menerusi teknik persampelan bertujuan di mana kesemua responden mampu untuk memberi maklumat yang mendalam berkaitan isu yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga elemen utama yang menyokong bahan bantu mengajar dalam meningkatkan tahap komunikasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar iaitu ciri-ciri bahan bantu mengajar, perancangan pembangunan bahan bantu mengajar dan keberkesanan bahan bantu mengajar. Kesemua elemen yang diterapkan oleh guru memberi impak positif terhadap peningkatan kemahiran komunikasi pelajar. Kesimpulannya, kajian ini menyokong penggunaan bahan bantu mengajar yang mempunyai elemen tersebut bagi meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Arab pelajar. Penerapan strategi pengajaran yang melibatkan pelbagai kaedah dapat membantu mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu, inisiatif untuk memperkukuhkan elemen bahan bantu mengajar perlu diberi penekanan untuk meningkatkan tahap kemahiran berkomunikasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu.
