UPDF AI

Pendekatan kaunselor dalam mengendalikan tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan

2024 · DOI: 10.37134/bitara.vol17.sp3.5.2024
Jurnal pendidikan bitara UPSI · 0 Citations

Abstract

Buli telah menjadi isu dan menjadi perhatian serius oleh banyak pihak. Kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini merupakan kejadian yang sering berlaku di sekolah. Pelbagai faktor telah menyebabkan berlakunya kes buli di sekolah. Faktor diri sendiri, keluarga, persekitaran dan media sosial menjadi punca utama terjadinya isu buli di sekolah. Oleh itu, terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam usaha mengendalikan tingkah laku buli pelajar di sekolah. Kajian ini dilaksanakan dengan menemubual 3 orang guru bimbingan dan kaunseling di Negeri Sembilan untuk mengenalpasti pendekatan kaunseling yang dilaksanakan oleh kaunselor sekolah dalam mengendalikan masalah disiplin buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Objektif khusus kajian ini iaitu untuk mengkaji pengalaman dan pendekatan kaunselor dalam mengendalikan isu buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta meneroka strategi bimbingan yang digunakan oleh kaunselor dalam membantu pelajar yang terlibat dengan isu buli. Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu melibatkan reka bentuk kualitatif untuk mendapatkan data dan maklumat untuk dianalisis. Reka bentuk kajian kualitatif ini dilaksanakan dengan kaedah temubual semi struktur dan kaedah perpustakaan. Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa terdapat banyak gejala buli dalam kalangan pelajar yang berkaitan dengan emosi dan fizikal.