UPDF AI

Kesan Warna Merah Kepada Proses Pembelajaran Ilmu Tajwid Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian

Norwardatun Mohamed Razali,Maisarah Saidin,Siti Rosilawati Ramlan

2023 · DOI: 10.33102/jqss.vol7no2.190
0 Citations

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan warna merah kepada proses pembelajaran Ilmu Tajwid. Kebanyakan kajian lepas memfokuskan kepada kesan warna terhadap tahap memori secara umum, namun kurang memberi fokus kepada kesan warna merah terhadap proses pembacaan al-Quran dan juga kefahaman Ilmu Tajwid secara khusus. Berdasarkan asas ini, kajian ini berusaha untuk meluaskan kajian ke dalam bidang Pendidikan Islam terutamanya kemahiran Ilmu Tajwid. Rekabentuk eksperimen yang akan dijalankan adalah rekabentuk kajian one group pre-test post-test design yang mana hanya satu kumpulan akan diberikan ujian sebelum intervensi (ujian pra) dan selepas intervensi (ujian pasca). 30 orang pelajar diambil sebagai responden menggunakan instrumen dari Modul Latihan Kendiri Tajwid Red Sign. Hasil analisis Ujian-t sampel berulangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor ujian pra dengan skor ujian pasca t (29)=-7.34, k < .05. Ini menunjukkan bahawa warna merah memberi kesan kepada kefahaman para pelajar di dalam memahami hukum tajwid. Justeru modul ini dilihat dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar oleh para guru di dalam proses pembelajaran dan pengajaran Ilmu Tajwid di Sekolah Menengah Kebangsaan Harian khususnya dan kelas-kelas awam secara amnya.