Kajian Systematic Literature Review (SLR) Efikasi Kendiri Dalam Kalangan Pelajar
Kajian Systematic Literature Review (SLR) Efikasi Kendiri Dalam Kalangan Pelajar
Abstract
Kajian Systematic Literature Review (SLR) Efikasi Kendiri ini dijalankan mengunakan jurnal bermula daripada tahun 2018 hingga 2023 daripada dua pengkalan data google search engine dan Google Scholar. Jurnal yang telah dikumpul kemudian diteliti bagi memastikan jurnal yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak lapan jurnal telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti tahap efikasi kendiri pelajar/murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sekiranya terdapat kelemahan maka tindakan penambahbaikkan boleh segera dilakukan. Hasil analisis lapan jurnal berkaitan dengan efikasi kendiri bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi menunjukkan tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min adalah 4.26. Bagi murid sekolah menengah tahap efikasi kendiri adalah 28.3% pada tahap tinggi, 48.4.% tahap sederhana dan 23.2% mempunyai tahap efikasi kendiri yang rendah. Bagi sekolah agama pula melalui Analisis Literatur Sistematik kajian menunjukkan 50.2% mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi dan 49.8% tahap efikasi kendiri yang rendah. Oleh itu pihak yang bertanggungjawab perlu meningkatkan lagi usaha supaya tahap efikasi kendiri dalam kalangan pelajar/murid mencapai tahap yang tinggi. Ini bagi memastikan pelajar/murid mempunyai pemikiran yang sihat, percaya diri dan mampu menggunakan kebolehan diri untuk menjadi cemerlang.
