Modul E-Smart Insya’: Satu Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Pelajar Sekolah Menengah
Modul E-Smart Insya’: Satu Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Pelajar Sekolah Menengah
Abstract
Kurikulum pembelajaran bahasa Arab di Malaysia terdiri daripada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Fokus kedua-duanya ialah pada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang perlu dikuasai pelajar untuk mencapai objektif pengajaran mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Oleh itu, kajian ini dijalankan disebabkan oleh terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar di SMA Lughatil Arabiah Tangkak, Johor berkaitan dengan kemahiran menulis di dalam silibus KBD. Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data campuran iaitu kaedah kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temubual serta kaedah kuantitaif bagi menganalisis ujia pra dan pasca. Proses mengenal pasti masalah dijalankan melalui pemerhatian dan pentaksiran ketika mana kelas pengajaran kemahiran menulis, pentaksiran ketika aktiviti di dalam kelas serta semakan buku latihan murid. Selain itu, pengkaji menjalankan ujian pra bagi mengenalpasti perincian masalah pelajar. Daripada hasil ujian tersebut, didapati bahawa seramai 15 orang pelajar daripada 22 orang pelajar menghadapi masalah kemahiran menulis. Walaupun pelajar didedahkan kepada ayat yang kompleks dan panjang semenjak tingkatan 1 melalui silibus KBD, tetapi mereka belum mampu beradaptasi dengan cara untuk menulis ayat dengan betul di samping kurangnya perbendaharaan kata dan kurangnya pengetahuan mengenai gaya bahasa bagi ayat bahasa Arab, iaitu ayat yang bermula dengan kata nama (جملة اسمية) serta ayat yang bermula dengan kata kerja (جملة فعلية) di samping kurangnya pengetahuan cara untuk mengembangkan isi dan tidak mahir menggunakan perkataan kata terbitan (مصدر). Maka pengkaji telah menghasilkan satu modul elektronik yang diberi nama e-Smart insya’ bagi membantu pelajar dalam menguasai kemahiran menulis karangan dengan menggunakan kaedah yang betul iaitu dari segi tatabahasa dan gaya bahasanya. Hasil daripada penggunaan e-modul ini selama sebulan yang dilihat pada ujian pasca dan pentaksiran latihan di dalam kelas dapati bahawa adanya peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis yang memberi purata markah ujian pasca sebanyak 14.4% berbanding ujian pra iaitu sebanyak 4.4%. Kesemua 15 orang murid yang terpilih menunjukkan peningkatan penguasaan yang memberangsangkan dan respon yang positif terhadap modul e-Smart Insya’ yang diberikan sama ada di dalam kelas atau latihan karangan yang dihasilkan.
