UPDF AI

LAMAN WEB JEJAK E-AKHLAK SEBAGAI ALAT DIGITAL PEMBELAJARAN BERKESAN : SATU KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN 3

Nurul Ayuni Roshaizi,W. O. A. S. Wan Ismail,4 Authors,Fathma Bushra Kamaruazmi

2026 · DOI: 10.35631/ijmoe.829070
International Journal of Modern Education · 0 Citations

Abstract

Kajian ini membentangkan pembangunan dan penilaian laman web Jejak e-Akhlak, sebuah platform pembelajaran berasaskan web yang merangkumi bidang Akhlak Islamiah bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3. Kekurangan sumber pembelajaran berasaskan teknologi yang interaktif melemahkan minat pelajar dalam memahami kandungan dengan mendalam. Justeru, pembangunan laman web ini dirangka sebagai inisiatif untuk menyediakan bahan pembelajaran yang lebih menarik, responsif, serta selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Reka bentuk laman web ini menekankan penyampaian kandungan berbentuk multimedia, aktiviti interaktif seperti kuiz serta susun atur mesra pengguna. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengumpulan data yang melibatkan seramai 208 orang responden majoritinya dari kalangan pelajar. Analisis data yang dijalankan memberi gambaran menyeluruh tentang tahap kebolehcapaian, kefahaman, serta keberkesanan penggunaan laman web dalam menyokong proses pembelajaran. Hasil dapatan menunjukkan bahawa 95% pelajar bersetuju laman web Jejak e-Akhlak membantu meningkatkan kefahaman, memudahkan ulang kaji, serta meningkatkan minat terhadap pembelajaran akhlak. Kesimpulannya, laman web Jejak e-Akhlak berpotensi menjadi bahan digital yang efektif dalam menyokong pembelajaran Pendidikan Islam, dan penambahbaikan lanjut dicadangkan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaannya dalam bilik darjah